10 May 2012

Pindah rumah baru...

Assalamualaikum...
setelah berbulan tak update blog,kini ku kembali semula..hehe...x tahu apa yang nak di tulis...x de benda yang menarik...kehidupan hari ini seperti hari-hari yang lalu,x banyak berubah...masih setia menunggu khabar sesuatu dan moga2 ada berita gembira dikemudian hari..insyallah..

 masa mula2 masuk rumah baru...


gune lori pindah barang..penattt...

3 minggu lepas kami pindah rumah baru...alhamdulillah selesa sikit dari rumah sebelum nie...dulu dok rumah apartment...skarang dah pindah dok umah clauster...besarr la sikit n lebih selesa...pindah rumah memang penat la...2, 3 minggu pon x hbis lagi kemas barang campur ngan malas...hehe...tinggal sikit je lagi barang dapur yang belum kemas lagi...yang lain dah settled...sempena pindah rumah nie kami sempat g nilai 3 untuk shopim barang2 rumah...


cermin nie letak kat tangga..

 yang nie letak kat ruang tamu...


disebabkan x de benda nak letak kat dinding, kami buat keputusan untuk beli cermin,gantung kat dinding...blehh tahan la murah, kene pandai cakap,if pandai cakap blehh la murah...hehe

jam pom ok la,x de la mahal sangat...nampak ok,tp kualiti nye x tahu la macam mana...stakat nie masih ok..

 kerusi letak kat ruang tamu Rm240 termasuk meja bulat tu...uhuuu...x tahu ler kategori murah ke mahal...survey2 harga macam sama jer semua...

meja makan kat jalan klang lama,hanya 499 sahaja...yang nie la paling murah...kami suka ambik yang murah2...hehe..

 cermin yang adik beli kat ikea...

 nie pon beli kat jalan klang lama gak,skali ngan meja makan...ada jualan murah kat sana...biasa baju letak dalam bakul je,tp ada benda nie senang sikit,x de la bersepah baju kan...

karpet beli kat nilai 3 gak...rambang mata tengok karpet kat sana..banyak sangat dan harganya pom banyak/mahal..hehe..

bnyak gak kan hbis duit naik rumah baru...tp bukan duit aku ler...hehe...beli barang2 keperluan+nafsu membeli...heehe..dok rumah besar sikit nie rasa macam2 nak beli...target seterusnya, katil dan tilam untuk bilik bonda n ayahanda yang selalu berkunjung ke sini...

22 March 2012

Selamat pengantin baru...

Assalamualaikum...

Cuti skolah telah melabuhkan tirai....ramai kawan2 ku yang kawen masa cuti skolah baru nie...tp sedihnye x berkesempatan untuk menghadiri majlis dieorang....apa2 pon tahniah utuk korang... ramai dahh yang tukarr status...skarang jadi isteri, lepas nie jadi mak org plakk..insyalllah,semoga Allah memberkati perkahwinan korang...

 ramaii gakk tengok org kawin gune tema kaler nih...

nana & faris....dieorang nie kawan skolah aku n sekelas masa dok lower 6...x sangka kan...kawinn gakk korang nih...


 
mimie & pasangan...nie kawan skolah masa form 5...lama lost contact...akhirnya jumpa gakk dalam facebook...uhuuu ..."Facebook helps you connect and share with the people in your life"...hehe.




amy & pasangan....nie la best friend aku masa skolah rendahh dulu...cantik orang nye...bayangkan lah masa darjahh 6 siap dapat surat cinta lagi dr sorang bdk laki...hehe...bdk tuh slalu ikut kami terutamanya waktu rehat..ahaha..scarayy kott...haha...

 cantikk..
nie antara best friend gakk masa skolah menengah...kami rapat masa form 5 kot coz dokk dalam group yang sama...geng2 x pandai math,selalu kene perli kat cikgu math...alhamdulillah masa spm tuh kami semua dapat A utk math..yeahhhh...nie jugakk la geng2 suka tiru keje skolah...hehe...tahhniah farahhh,semoga perkahwinan mu diberkati,cepat2 dapat baby ok...

ramaii kwn2 aku yang dahhh kawin, yang nakk masuk anak 2 pon ramaiii dahhhh....turn aku bila plakk nihh...adehhh,sedikit tercabar tengok kawan2 yang dahh kawin...eceece....bertabahkan wahaii diri...hik3...insyalllah,kalau ada jodoh kawin la...cepat ngan lambatt jer...heuuu...ayat pujuk diri sendiri...hehe

21 March 2012

Pengorbanan diri apabila berpasangan...

Assalamualaikum...uhuuu...hari2 update blog dek kerana keboringan melampau...artikel kat bawah nie diambil dalam mingguan wanita...jom sama2 baca pengorbanan diri apabila berpasangan:~~


1. Identiti diri
Bercinta bermakna anda memilih untuk berkongsi segala-galanya termasuk hobi, makanan & lain2 perkara. Ia sesuatu yang cukup indah & menarik kerana anda tahu ada orang yang menyayangi anda & anda mencintainya. Mungkin juga anda berkongsi percantuman nama seperti pasangan Brad Pitt & Angelina Jolie (Brangelina) & apa yang berlaku bermakna anda hilang identiti diri.

 2. Masa
Setiap lelaki perlukan wanita untuk mengisi ruang hati & meniti hari2 bahagia mereka. Ia sebuah ikatan yang memerlukan komitmen yang jitu jika anda memilih untuk berumah tangga @ bercinta. Secara automatiknya apabila anda memilih ini, anda akan kehilangan ruang masa untuk diri sendiri. Inilah harga yang harus anda bayar untuk bercinta.

 3. Perancangan
 Anda mungkin sudah merancang sesuatu untuk hidup anda. Namun apabila anda memilih bercinta, rancangan tersebut mungkin tidak disukai oleh pasangan & si dia mungkin membantah. Dalam hal ini, anda perlu berkompromi agar perancangan anda menjadi.

 4. Pandangan
Ramai pihak berpendapat, lelaki sangat tepat dalam membuat keputusan @ pandangan. Namun, ia tidak boleh dibuktikan jika anda tidak begitu setia kepada pasangan. Bersikap jujurlah kepada pasangan meskipun ada kalanya anda tidak suka kepada hobinya yang suka bersenggang di pusat membeli-belah yakni suatu perkara yang membosankan lelaki.

 5. Kewangan
Bila anda memilih untuk bercinta, bermakna anda harus berkongsi segala-galanya termasuk soal kewangan. Jangan hanya dia saja yang membayar setiap kali anda keluar sebaliknya anda juga harus berbuat demikian tambahan pula anda seorang lelaki. Jangan pula merungut @ mengatakan ia membazir kerana secara umumnya lelaki mesti bertanggungjawab menyediakan segala-galanya kerana mereka dilahirkan sebagai pemimpin. Suka @ tidak, andalah yang bertanggungjawab dalam soal kewangan bila mendirikan rumah tangga kelak.

 6. Kebebasan
masa untuk keluar Bila anda memikirkan untuk serius bersama seseorang wanita, bermakna anda tidak boleh bebas seperti dahulu. Kebebasan anda akan tersekat untuk membuktikan kesetiaan & memperoleh kepercayaan daripada si dia. 

 7. Memanjakan diri sendiri 
Anda bebas berbuat apa saja selagi anda tidak berpunya. Ini termasuklah untuk merokok, berbelanja @ sebagainya. Namun apabila anda mempunyai pasangan, apa yang anda nikmati itu mungkin akan tersekat & disekat. Anda mungkin dimarahi jika anda berbuat sesuatu yang tidak disukai & menyakiti hatinya. 

 8. Imej 
Orang lelaki selalu mengambil mudah soal penampilan & penjagaan diri namun hal ini terkecuali bagi lelaki yang sering ingin tampil maskulin. Lelaki ini akan menjaga penampilan dari hujung rambut hingga kaki. Namun kalau anda sudah memilih seorang gadis, dia tentu saja memerhatikan penampilan anda & mahu anda mengikut caranya. Akibatnya, apa yang anda sukai dari segi berpakaian, mungkin tidak disukai olehnya. 

 9. Masa hujung minggu 
Bagi orang bujang, hujung minggu adalah masa untuk membasuh baju, mengemas rumah & sebagainya setelah penat bekerja. Namun kalau anda punya kekasih hati, hujung minggu adalah hari bertemu kekasih & anda akan kehilangan masa untuk bersantai & berehat di rumah. 

 10. Kawan2 perempuan 
Satu perkara yang sering diharapkan oleh lelaki ialah kekasih mereka dapat menerima kawan2 wanita mereka. Namun hal ini sering tidak menjadi kenyataan kerana ramai teman wanita berasa cemburu jika anda bertepuk tampar dengan kawan wanita meski pun hal iti biasa bagi anda.

sumber: Mingguan Wanita

Bertabahlah..Allah itu sentiasa disisimu...

19 March 2012

SINOPSIS & OST 7 PETALA CINTA

Assalamualaikum....

Tadi tertengok la the making of 7 Petala Cinta kat astro prima...hoho...rase macam bestt jer...ada saper2 yang dahh tengok ker??cite nie dahh main kat pawagam 15 Mac 2012...lebih kurang 4 hari lepas...7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agong. Kat
bawah nih ada sedikit sinopsis tentang cite nie...


Hamka yang merupakan seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar telah ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak. Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

 

dah lama rasenye x g tengok wayang kat pawagam...uhuuuu...harap2 cite yg nie dapatt tengokk la...

~~:dibarisi oleh pelakon seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana..